Nuffnang

Sunday 25 December 2016

Mat Jenin Sebenarnya Hero

Assalamualaikum
May Allah Bless us


Beb... beb... beb...
Maaf lama sangat tak menyembang dekat sini...
sibuk sangat menjadi pelajar cemerlang. Kah.
In Shaa Allah, doakan!

Sebagai penutup tahun 2016, ni aku nak cadangkan pada kawan-kawan, jiran-jiran, dapatkanlah buku SAIFUL NANG - MAT JENIN SEBENARNYA HERO. Baca dan hadam semua maklumat yang ada. bukan bermaksud untuk kurang ajar, tetapi maklumat di dalam buku tersebut memang mampu membawa kita semua merentasi apa sebenarnya yang melanda pemikiran masyarakat kini dengan kata lain mentaliti masyarakat sekarang. pengalaman Saiful Nang uyang dimasukkan di dalam buku ini menarik minat aku sendiri nak terus baca.. jujurnya aku tak habis lagi menyelam dalam kesronokan membaca buku tu tapi disebabkan aku sangat-sangat setuju dengan gaya pemikiran beliau, kenapa tidak aku kongsikan agar semua orang pun baca sama.

Beberapa mentaliti masyarakat yang dinyatakan dalam buku ni menyedarkan aku yang aku pun melaluinya. bezanya aku adalah Mat Jenin yang masih memanjat dan belum berjaya.→
antara mentaliti masyarakat kini yang Saiful Nang hadapi
 "dah berjaya kenapa tak beli dua tiga biji kereta?"
sama jugak apa yang berlaku pada aku, 
"nanti dah berjaya beli rumah dua tiga tingkat, banglo"
lain sangat dengan kehendak dan keinginan aku. 

Saiful Nang juga banyak menceritakan pengalaman lain beliau. Pokoknya, aku memang belum habis lagi baca buku ni... heeee.... jangan marah aku kerana beria-ia mahukan pakcik makcik, kawan-kawan, jiran-jiran beli sedangkan aku sendiri tak habis baca lagi. Niat aku cuma satu nak kita sama-sama bangkit. biarlah jadi Mat Jenin yang suka berangan dikatakan teruk, tapi kalau kau berjaya hadapi semua cabaran hidup ni dan buktikan kaulah Mat Jenin edisi baru, aku doakan semoga kau jadi bakal suami aku. Hahaha.. maaf. Okay tak, aku doakan semoga Allah selalu merahmati hidup kamu dengan keberkatan. Jadilah orang kaya yang menghulur bantuan itukan lebih baik.

Semoga pengajaran yang ada mampu menjadikan kita lebih baik pada tahun hadapan.
Assalamualaikum, Ja Mata.


Oleh: SN Hidayah
kredit kepada PTS