Nuffnang

Wednesday, 10 October 2018

BBM3410/18:PASKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga Allah rahmati kalian dengan rahmat nur, hidayah dan kasih sayangNYA.

Kawan-kawan..

Pertama sekali, siapa dah tengok cerita PASKAL??
Seronok! Puas hati.

Kualiti Filem Malaysia semakin baik..
Dan aku rasa pertama kali cerita bergenre ketenteraan yang tak bosan ditonton.

Ya.. semakin baik. Barangkali kita ini sudah selalu dihidangkan dengan filem bergenre cinta sahaja. Maka, sesekali bertukar angin memang rasa puas hati! Tambah menarik ceritanya adalah adaptasi daripada cerita sebenar Leftenan Komander Arman.

Ada beberapa misi yang berkaitan. Dan Aku sakit hati sungguh tengok Jeb. Tapi tidak boleh menidakkan apa yang Jeb kata.. "Aku beri semua, ini yang aku dapat". Jeb berusaha menyelamatkan Joshua.

Ada macam-macam nilai. Contoh, kasih sayang, kekeluargaan, persahabatan dan yang paling penting semangat cintakan negara tu.
Dan banyak sangat dialog yang woow.

Air mata meleleh waktu ulang balik cerita Arman dan Joshua.
Air mata jatuh lagi waktu  Arman pegang baju uniform dia dengan baju mak dia.
Masa tu kau macam dapat rasa betapa beratnya bebanan tanggungjawab Arman.
Akhir sekali bila dengar ayat Komander(barangkali, sebab aku tak pasti jawatannya) masa tunjuk pada Arman tugu nama-nama anggota PASKAL yang telah meninggal dunia.

Aku tak mahu spoil cerita ni. Mohon tengok dekat wayang. Pasti anda tak akan menyesal.

Paling tak boleh lupa, aku ingatkan nak tengok cerita PASKAL sebab nak hilangkan stress, tapi topik masa makan ialah, macam mana nak buat pembentangan yang baik dalam kelas keterampilan..🤦🏻‍♀️ hehe.






Terima kasihhh.

Oleh: SN Hidayah

No comments:

Post a Comment