Nuffnang

Saturday 21 May 2016

Edu-Park UPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
May Allah show us the right way.


beb.. beb... beb...
Mohon izin aku tumpang iklan sikit >-<


eDU-PARK carnival 1.0
-----------------------------
›› 28 MAY 2016 | 7.00 am - 1.00 pm
›› LADANG 16 UPM Serdang Selangor
›› Open to public
Activities -
›› Adventure biking flag-off at 7.30 am
✔ Deer, Cows, Horses
✔ Cooking Demo
✔ Food Trucks
✔ Farm Produce
✔ UPM Products
✔ Lucky Draw
✔ Recycle to Cycle (R2C)
To rent :(4 aluminium cans = 1 bike OR 8 plastic drinking bottles = 1 bike)
✔ Farm Exploration Adventure Biking @ UPM (RM50 per group of 4)
Online registration for Farm Exploration Adventure Biking @ UPM at :
>>>>> http://bit.ly/eduparkcarnival
Come & Join the fun..
Assalamualaikum...
Semoga Allah selalu memberi kita hidayah-Nya.



Beb... beb... beb...



Aku nak cerita sikit apa yang berlaku di fakulti tercinta iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Pada 18/5/2016 yang lepas iaitu pada hari Rabu lepas, berlangsungnya Sayembara Puisi Pertanian 2. Perasmian program dibuat oleh Proffesor Dr. Muatti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Program ini adalah untuk membina jati diri seorang pelajar Universiti Putra Malaysia yang berkebolehan dan memupuk minat mereka kepada seni Melayu kususnya berpuisi. Tema yang diberikan ialah berkisarkan kehidupan tani. UPM telah mengekalkan tema Pertanian sama seperti Sayembara Puisi sebelum ini kerana permintaan dari pihak pengurusan. Mereka berpandangan bahawa tema ini adalah bersesuaian dengan semua pelajar UPM dan selari dengan hasrat untuk melestarikan kampus hijau. Kategori puisi ini terbahagi kepada dua iaitu peserta tempatan dan daripada peserta luar negara. Seramai 12 orang peserta daripada pelbagai fakulkti, antaranya pelajar daripada Fakulti Ekologi dan daripada Fakulti Kejuruteraan dan juga daripada FBMK sendiri. Para peserta menunjukkan bakat masing-masing dalam mendeklamasikan sajak. Tidak ketinggalan juga terdapat 4 orang peserta Luar negara yang menyertai pertandingan Sayembara Puisi ini iaitu dari negara Jepun, Arab, Indonesia dan China. 
Menariknya, aku rasa suasana dewan memang macam sambutan hari raya. Meriah! Dengan penonton yang hadir diberi garis panduan untuk berpakaian baju melayu, baju kurung atau jubah. Muzik Gamelan yang didendangkan sangat bersesuaian dengan majlis ini. Secara peribadinya aku akui majlis ini berjaya dilaksanakan. Kehadiran penonton yang memenuhi Dewan Zaaba, menambahkan lagi kemeriahan majlis ini. Terima kasih kepada juri dan tetamu kehormat beserta hadirin yang hadir.






Monday 16 May 2016

HARI BELIA DI UPM


Assalamualaikum....

Pada 13-15 Jun 2015 telah berlangsungnya sambutan Hari Belia Negara dan UPM telah dengan rasminya dipilih untuk menjadi tuan rumah.
Pada bhari ketiga, Hari Belia telah bersama-sama dengan golongan OKU untuk sama-sama menyertai program ini. Berharap dengan penyertaan mereka akan memberi sinar dan kegembiraan kepada mereka. Belia
Selain itu, banyak aktiviti yang sangat menarik, antaranya pertandingan mencari bakat UPM..
Sangat menarik, ada juga ceramah, ada jual-jualan dan artis terkenal tanah air.

Hari Belia kali ini juga telah mendapat sambutan daripada TPM atas tema yang menarik iatu 'The Future is Now'

Tahniah UPM atas kejayaan memjayakan Program ini.Terima kasih juga pada pihak-pihak penaja.

Oleh: SN Hidayah

Kementerian Belia dan Sukan

JANGAN LUPA LIKE PAGE DAN FACEBOOK KAMI di UNIVERSITI PUTRA MALAYSI

UPM NEW

Assalamualaikum.
May Allah Bless You..

Beb... beb... beb

Wah seronoknya rasa. Selepas ini pelajar tidak perlu berasak-asak untuk menaiki bas. UPM ada bas baru! Sebentar tadi telah berlangsungnya pelancaran bas baru UPM yang telah disempurnakan oleh YH Prof. Dato Dr. Mohammad Shatar Sabran TNC HEPA UPM. SEbanyak 26 buah bas akan mula beroperasi secara berperingkat.


Kemudahan ini sebenarnya memberikan kami, sebagai pelajar keselesaan. ditambah dengan cctv yang diletakkan di dalam setiap bas menjadikan keselamatan pelajar terjamin. Selain itu bas dua pintu ini memudahkan pelajar turun tanpa berasak-asak dengan pelajar yang ingin naik dan dapat mengelakkan kemalangan.

Terima Kasih UPM!!!




Bas Baru Berlogokan UPM


Jangan lupa like dan share page Universiti Putra Malaysia!

Tuesday 3 May 2016

Anak Kampung

Assalamualaikum.

Beb... Beb... Beb...

 Ni ese nok koba.. ese baru jo balik dari nogori sembilan. Entahkan betul entahkan tidak bahasa nogori sembilan ni ese main sobut jO. Bukan apa saja nak praktikkan apa yang ese belajo dekat situ. Esei raso memang terbaik lagi cemerlang bono aei kampung nieh. Kuala Pilah Best Part
Unit Kokorikulum UPM telah mewajibkan untuk kami mengambil kursus Bakti Siswa. Program ini perlu untuk mengasah kemahiran insaniah mahasiswa. Ese dari kumpulan satu telah menyertai Bakti Siswa @ Kampung dan kami memilih Kampung Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Banyak aktiviti yang telah disediakan oleh pengarah program bersama Tok Ketua. Antaranya, aktivitinya ialah bermain bola sepak sawah, menghasilkan panca untuk kaum hawa. Logikkan untuk kaum hawa tidak sertai aktiviti bersawah tu. Haha.. aktiviti membuat panca sangat menarik. Panca ialah bunga telur yang dicucukkan kepada dibawahnya dimasukkan pulut kuning. Ada sesetengah tempat memanggilnya poho@bunga paha terutamanya nogori ese

Johor. Ese nak koba lagi pasal kampung ni. Mak angkat ese masak lauk sodap... thumbs up!!! Tapi ese taklah ambik gambo ikan sembilang mask lomak tang atas meja makan tu jugak. Haha... bukan ese malu tapi sogan jooo. Rata-rata penduduk kampung sangat hebat dengan masakan ikan, daging mahupun itik salai. Menariknya itik salai dijual di tepi jalan jaa!!
Kehijauan kampung Terachi!!! Cantik bebbb... Ese dah kobaaa

Dalam perjalanan mengambil pelajar dari USIM

Aktiviti memancing ikan sepat!! konyang ikan makan umpan tapi kami lagi konyang makan ikan

Aktiviti wajib.. Bola Sepak Sawah

Panca yang dihasilkan



Ese juga diberi penerangan tentang adat perpatih sekaligus mengubah pandangan ese pada orang negeri sembilan. Memang seronok. tapi tak mampu ese nak cerita semua dalam ni. Haha. Nanti anda semua mesti kena datang kampung ini. Kumpulan baksis dari UPM yang lain perlu rasai keseronokan dan menyelami adat-adat negeri yang bakal ekau poie.

Oleh: SN Hidayah
JANGAN LUPA UNTUK LIKE FACEBOOK KAMI DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA