Nuffnang

Thursday 9 April 2020

DIKSI

Definisi Operasional
Diksi

    Kamus linguistik (1997) mentakrifkan diksi sebagai pemilihan dan penggunaan kata dalam lisan dan tulisan dan yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea dan juga peristiwa. Dalam penulian sastera sesuatu ayat itu boleh bersifat menyimpang dan tidak rigid kepada disiplin ilmu.

        Keraf (2008) secara khusus mentakrif diksi kepada tiga simpulan utama. Pertama, diksi mencakupi pengertian kata-kata yang dipakai untuk menyampaikan suatu gagasan mengelompokkan kata-kata yang tepat atau menggunakan ungkapan-ungkapan yang tepat, dan gaya mana yang paling baik digunakan dalam suatu situasi. Kedua, diksi adalah kemampuan membezakan secara tepat nuansa-nuansa makna dari gagasan yang ingin disampaikan dan kemampuan untuk menemukan bentuk yang sesuai dengan situasi dan nilai rasa yang dimiliki kelompok masyarakat pendengar. Ketiga diksi yang tepat dan sesuai hanya dimungkinkan oleh penguasaan sejumlah besar kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa itu.

           Diksi ditakrif oleh Harimurti Kridalaksana (1985), sebagai pilihan kata dan kejelasan lafal untuk mendapatkan kesan tertentu dalam komunikasi lisan ataupun tulisan. Hal ini menunjukkan penggunaan diksi haruslah mementingkan tujuan penggunaannya. Penggunaan diksi sama ada dalam urusan rasmi atau tidak. Penggunaan diksi adalah berbeza mengikut situasi. Sekiranya seseorang penulis itu mahu mewujudkan suasana yang formal, maka diksi, ayat dan dialog yang digunakan dalam karnya  haruslah berbentuk standard manakala sebaliknya jika situasi yang ingin diwujudkan adalah tidak formal, maka penulis haruslah memilih kata-kata nonstandard. 

Jelasnya, sesuatu diksi yang digunakan itu dapat memberi kesan kepada kepekaan emosi. Pemilihan diksi-diksi membentuk perasaan tertentu mengikut situasi penceritaan. Selain itu, diksi yang digunakan juga boleh dilihat daripada sudut nonlinguistik dan linguistik bergantung kepada tujuan bahasa digunakan. Penerangan yang lebih terperinci akan dinyatakan dan diterangkan dalam bab seterusnya. 

Oleh: SN Hidayah

STILISTIK


Pengenalan

Stilistik merupakan kajian atau ilmu tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam karya kreatif. Kajian ini melibatkan penerapan ilmu linguistik dalam mengkaji gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dalam karya kreatif.
      Peter (2002:), menyatakan “… Style is indeed a distinctive way of using language for some pupose and to some effect” dengan kata lain, gaya ialah cara tersendiri seseorang menggunakan bahasa untuk tujuan tertentu dan untuk memberi kesan tertentu seperti kesan kognitif dan kesan emotif.
       Enkivst (1973), Gumperz (1964) dan Ferguson (1964) pula mentakrifkan stilistik atau ilmu gaya sebagai kajian variasi linguistik. Bahasa yang digunakan menentukan gaya. Secara tidak langsung ilmu gaya ini saling berkait rapat dengan cabang linguistik seperti dialektologi dan sosiolinguistik. Kemudiannya, gaya inilah yang mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi.
          Dengan kata lain, kajian stilistik amat penting bagi menjadikan sesuatu karya kreatif lebih difahami. Hal ini kerana gaya akan menentukan keberkesanan  maklumat penulisan kepada kesan kognitif dan kesan emotif pembaca menerusi karya kreatif yang dihasilkan oleh penulis.

Oleh: SN Hidayah

Thursday 14 March 2019

Pantulan

Assalamualaikum semoga dirahmati Allah selalu.. dan salam sejahtera.
Astaghfirullah. Alhamdulillah..

Ramai yang ada pendapat yang berbeza tentang makna sahabat. Ada yang kata sahabat sejiwa akan faham kita tanpa perlu berkata-kata. Ada pula yang kata sahabat ialah antara orang yang sanggup bersusah payah dengan kita.. Mereka ada di mana-mana. Ada pada waktu suka, ada dalam waktu duka.
Kawan.. atau sahabat. Mereka melengkapi sebahagian diri kita. Kekurangan kita adalah kelebihan mereka dan kelebihan mereka adalah kekurangan kita. Dan sahabat terbaik menjadi contoh adalah sahabat Baginda Rasul Allah. Boleh baca kisah-kisah para sahabat dalam buku INI SEJARAH KITA. Para sahabat baginda mempunyai 'logam'nya (kekuatan) tersendiri.
  
sambung...


Mereka kadang-kadang menjadi cermin yang memantulkan semula wajah kita.

Mereka istimewa? ya.

Jarak memisahkan tapi doa menghubungkan. Ada rezeki jodoh Allah akan jumpakan. Jangan bimbang..kita usahakan Allah akan temukan.

Terima kasih sahabat dunia akhirat. Terima kasih semoga Tuhan kurniakan kita rezeki yang berkat serta berpanjangan. Semoga terhubung hati-hati kita kejalanNYA. Sungguh rindu bulatan tarbiah dan kasih sayang kita kerana Allah.

p/s: teringat kepada sahabat yang selalu berbagi makanan.. Nasi Bujang berkongsi dua orang, Tomyam semangkuk makan bersama. Allah. rindu pada kalian.

Oleh: SN Hidayah

Monday 10 December 2018

BBM3410/18: Kalender

Jom kongsi, tarikh apa dulu yang kalian tengok setiap kali dapat kalender tahun baru?














This Artwork is all edited by Adobe Photoshop! Oleh: SN Hidayah

Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

NOTA 4
VIDEO TANPA WAJAH

Video tanpa wajah ialah video rakaman yang tidak memperlihatkan wajah sama ada keseluruhan ataupun sebahagian wajah.

1. Membuat perancangan
          i.         Pembahagian tugas dilakukan oleh penulis skrip. Pengarah akan memberi arahan seterusnya dengan membahagikan kerja kepada ahli kumpulan. Antara kerja yang perlu dilakukan ialah, mengedit, jurugambar, kamera, solekan dan pemilihan tempat.

2. Kriteria Video tanpa wajah
          i.        Tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon.
Setiap pelakon haruslah melakukan rakaman tanpa memperlihatkan wajah.

        ii.        Fokus kepada barang/anggota
Pemegang kamera harus tahu merakam video dan hendaklah memberi fokus kepada satu barang atau sebahagian anggota sahaja. Contohnya tangan, permainan, kasut atau apa-apa sahaja yang relevan.

3. Mesej
          i.        Video tanpa wajah haruslah mempunyai mesej tertentu. Contohnya kasih sayang seorang ibu, akibat merokok, dan sebagainya.

4. Pemilihan lagu
          i.            Pemilihan lagu selalunya ialah lagu yang bergenre perlahan. Lagu sederhana rancak tetapi mempunyai mesej juga boleh digunakan. Tetapi sekiranya menggunakan lagu yang terlalu rancak dibimbangi mesej tidak akan sampai kepada penonton.

Oleh: SN Hidayah

BBM3410/18: Video 'ONESHOT'

NOTA 3
VIDEO 'ONESHOT'
 
Video jenis ‘ONESHOT ‘ ialah video yang dirakam secara terus tanpa menekan henti atau ‘pause’. Video tersebut juga tidak boleh diedit seperti mencantum-cantum bahagian atau beberapa rakaman video untuk  suatu cerita. 
Terdapat 3 jenis ‘ONESHOT’ yang utama iaitu:

1.     Video ‘ONESHOT ONE LAYER’
Video ini perlu dirakam secara terus. Setiap pelakon dan penyanyi perlulah mendekati kamera untuk menampakkan wajah serta reaksi wajah mereka secara dekat. Setiap pelakon perlu muncul dihadapan kamera tersebut. Fokus video hanya kepada penyanyi dan pelakon.  Penyanyi hanyalah seorang sahaja.

2.     Video ‘ONESHOT TWO LAYER’
Video ‘ONESHOT ONE LAYER’ perlu dirakam secara terus seperti video ‘ONE LAYER’ . Tetapi dalam video ini penyanyi perlu berganti-ganti. Video yang dilakukan mempunya dua situasi sahaja. Tidak boleh ada barang atau pokok yang bergoyang secara semula jadi.

3.     Video ‘ONESHOT THREE LAYER’
Video ini mempunyai banyak pergerakan. Dalam suatu video tersebut mereka perlu membahagikan kepada beberapa bahagian. Fokus diberikan kepada penyanyi di hadapan dan pelakon di bahagian tengah. Pelakon-pelakon di bahagian belakang sekali hanya sekadar nmemenuhi syarat rakaman sahaja tetapi tidak diberikan fokus. Ini menjadikan video tersebut seolah mempunyai 3 lapisan.

Oleh: SN Hidayah

BBM3410/18: Papan Cerita


NOTA  2
PAPAN CERITA

Papan cerita ialah draft yang dihasilkan sebelum melakukan sesuatu rakaman atau penulisan. Papan cerita juga boleh dianggap sebagai ‘blue print’ iaitu kayu ukur sebelum penghasilan sesuatu kerja. Contohnya penghasilan E-Majalah. Papan Cerita ini haruslah dilakar dengan menggunakan pensil sahaja.

Untuk menghasilakan E-Majalah beberapa pertimbangan perlu diambil kira iaitu:

1.      Muka Depan
Muka depan haruslah dilukis seperti majalah di pasaran. Perlu ada topik-topik yang menjadi penekanan atau ‘highlight’. Sekiranya Majalah tersebuta dalah berkaitan dengan produk, maka diskaun ataupun produk terbaharu boleh diletakkan muka depan untuk menarik perhatian pembaca. Fon perlu diberi perhatian juga terutamanya pada bahagian kepala seperti tajuk dan kaki majalah.

2.      Sidang Pengarah
Pada bahagian ini, kata-kata aluan perlu dimasukkan. Contohnya kata-kata aluan pengarah perlulah diletakkan. Kata-kata editor turut dimasukkan pada bahagian ini.

3.      Produk
Pada muka surat 1 sehingga seterusnya boleh masukkan produk atau cerita yang ingin disampaikan. Cerita atau produk yang dikeluarkan haruslah mempunyai tajuk yang menarik. Susunan  rajah/produk/cerita didalam satu muka surat boleh disusun secara teratur dengan meletakkan 3 rajah/produk/cerita dalam satu muka surat dan boleh juga menggunakan satu muka surat sepenuhnya untuk 1 rajah/produk/cerita.

4.      Iklan dan tajaan
Pada muka surat akhir perlulah diletakkan iklan-iklan terbaru ataupun iklan daripada syarikat penaja Majalah.

5.      Muka Belakang
Pada bahagian muka belakang, boleh letakkan sinopsis majalah, atau sedikit pengenalan ringkas mengenai majalah tersebut.

Oleh: SN Hidayah