Nuffnang

Thursday 9 April 2020

STILISTIK


Pengenalan

Stilistik merupakan kajian atau ilmu tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam karya kreatif. Kajian ini melibatkan penerapan ilmu linguistik dalam mengkaji gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dalam karya kreatif.
      Peter (2002:), menyatakan “… Style is indeed a distinctive way of using language for some pupose and to some effect” dengan kata lain, gaya ialah cara tersendiri seseorang menggunakan bahasa untuk tujuan tertentu dan untuk memberi kesan tertentu seperti kesan kognitif dan kesan emotif.
       Enkivst (1973), Gumperz (1964) dan Ferguson (1964) pula mentakrifkan stilistik atau ilmu gaya sebagai kajian variasi linguistik. Bahasa yang digunakan menentukan gaya. Secara tidak langsung ilmu gaya ini saling berkait rapat dengan cabang linguistik seperti dialektologi dan sosiolinguistik. Kemudiannya, gaya inilah yang mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi.
          Dengan kata lain, kajian stilistik amat penting bagi menjadikan sesuatu karya kreatif lebih difahami. Hal ini kerana gaya akan menentukan keberkesanan  maklumat penulisan kepada kesan kognitif dan kesan emotif pembaca menerusi karya kreatif yang dihasilkan oleh penulis.

Oleh: SN Hidayah

No comments:

Post a Comment