Nuffnang

Wednesday 27 April 2016

Putra Gemilang



Putra Gemilang


Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi
Disinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI
Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi
Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang
Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta
Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan

Lirik: Dharmawijaya
Lagu: Dato' Ahmad Nawab
                                                              Dengar Lagu

Nak Sarapan Apa Ya

Assalamualaikum...
May Allah Bless You!!


Selamat pagi!!
Biasanya soalan yang akan terlintas dalam fikiran ialah waktu pagi ialah apa nak makan hari ni? Apa menu harini?

Jadi.. .waktu mcam ni biasanya aku dah duduk kat kafe cari makan. Macam biasa, menu setiap hari, nasi lemak. Aku memang agak memilih tentang makanan. Tapi bila rasa sekali nasi lemak kat kafe Universiti Putra Malaysia ni, memang jatuh hati.






Memang sangat sedap. Bukan nasi lemak sahaja yang terkenal dalam kalangan pelajar malahan UPM  juga sangat mementingkan pengeluaran produk sendiri. Contohnya kek-kek dan roti akan dihasilkan oleh pelajar sendiri dan dijual. Malah produk-produk makanan UPM dihantar juga kepada pemborong sekitar Serdang.



Klik Sini untuk tahu lebih lanjut



  1. * Jangan lupa like dan share facebook UPM

Fakulti Bahasa moden dan komunikasi

Assalamualaikum W.B.T
May Allah bless you..



Beb... beb.. beb...
Nak cerita lagi tentang universiti terchenta. Ni nak citer sikitlah terlampau banyak sangat fakulti kat dalam universiti ni, tapi pertama dan yang paling penting nak cerita ialah fakulti saya sendiri lah.. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Fakulti ni paling legend dan tertua antara fakulti lain. Of course fakulti yang paling havoc (orang kata) hahaha...






Perutusan 100 Hari Professor Datin Paduka Dr. Aini Idris, Naib Canselor Univerditi Putra Malaysia


Assalamualaikum...
May Allah BLess You..

 Baru-baru ini telah berlangsungnya perutusan 100 hari Naib Canselor, Profesor Datin Paduka Aini Idris. Dengan slogan IHSAN tonggak kecemerlangan Datin Paduka menekankan sangat memberi penekanan kepada pencapaian kecemerlangan universiti. Datin turut memberi penekanan pada pencapaian dan cabaran kepada Universiti Putra Malaysia.

Antaranya ialah kedudukan di tangga 331 dalam QS World University
Ranking 2015, iaitu melonjak sebanyak 45 anak tangga berbanding tahun
lalu. Manakala, dalam QS World University Ranking by Subjects 2015, bagi
disiplin Pertanian dan Perhutanan, UPM kekal dalam senarai kelompok 51
hingga 100 universiti terbaik dunia selama tiga tahun berturut-turut.

Selain itu,

UPM juga cemerlang dalam bidang Sains Pertanian pada kedudukan
ke-45 universiti terbaik dunia dalam senarai Best Global Universities Ranking
oleh US News and World Report 2015.

Assalamualaikum...
May Allah Bless you.


Pada 23 April 2016, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program Pelajar Sihat dan Cergas UPM Cemerlang. Program ini bertujuan untuk memupuk semmangat cintakan universiti dalam kalangan pelajar. Program ni juga adalah bertepatan dengan hasrat universiti untuk melestarikan kampus hijau. Program ni berlangsung di Laman Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Setiap pelajar yang mengambil kokurikulum berkredit wajib menghadiri program ni. setiap pelajar akan dibahagiakan kepada beberapa zon. Setiap zon akan bergotong royong mengikut kawasan yang ditetapkan. Beb... Beb... Beb... memang seronok program ni. Program ini dilancarkan oleh Vice Chancellor, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris.






Assalamualaikum W.B.T.
May Allah bless you my reader..


Nak ucap tahniah kepada dua orang pelajar harapan Fakulti Reka Bentuk yang telah memenangi Emas dalam design compoetition.
Yeah, You guys doing it well!!

*clap clap clap






Dua pelajar FRSB menang emas ‘Autodesk ASEAN Design Competition’

Oleh: Azman Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 April - Dua pelajar Bachelor SainsSeni Bina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Yap Heng Hee dan Tan Mei Shan memenangi pingat emas kategori senibina pada pertandingan Autodesk ASEAN Design Competition 2015.
Mereka memenangi emas melalui projek Amphibious Habitat iaitu rekabentuk rumah pintar bagi berdepan situasi banjir.
Pertandingan itu dianjurkan sebuah syarikat Singapura dan ditaja oleh Autodesk, dan melibatkan peserta termasuk dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina.
 Heng Hee berkata, Amphibious Habitat direkabentuk hasil daripada inspirasi rumah tradisional masyarakat Melayu.
Katanya, rekabentuk rumah prototaip itu dicadangkan untuk kawasan di pertemuan Sungai Semantan dan Sungai Pahang di Temerloh, yang hampir setiap tahun menghadapi banjir.
Katanya, konsep rumah itu adalah berlantaikan kayu dengan keluasan kira-kira 40 meter persegi dan selesa diduduki oleh tiga orang, serta menggunakan sumber tenaga diperbaharui seperti solar, sistem pengumpulan air hujan dan sistem penapisan air ‘bio-sand’ bagi mendapatkan air bersih, dan teknologi akuaponik untuk membela ikan.
Klik Sini
“Tiangnya adalah buluh, manakala ‘concrete mooring post’ pula adalah struktur yang digunakan bagi mekanisme pengapungan. Rumah ini didirikan di atas ‘detached concrete stilts’ yang menampung bebanan rumah ketika ia tidak terapung,” katanya dalam temubual.
Katanya, perabot pelbagai guna (multifunctional furniture) digunakan dalam rumah itu bagi membolehkan penggunaan ruang yang fleksibel.
Menurutnya, bagi menghasilkan Amphibious Habitat, mereka melakukan kajian kes beberapa hari pada awal tahun 2015 mengenai rekabentuk rumah di Netherlands, negara yang paras air lautnya lebih tinggi daripada daratan.
Bagaimanapun, katanya, proses menghasilkan Amphihious Habitat  ini daripada lawatan tapak, merekabentuk, dan penghasilan lukisan bagi ‘presentation boards’ mengambil masa kira-kira satu bulan. 
Heng Hee berkata, beliau terkejut apabila mendapat tahu memenangi pingat emas pertandingan itu ketika melayari laman web penganjur, dan terus menghubungi  Mei Shan yang ketika itu berada di Pulau Pinang.
“Saya tidak menjangka akan menang kerana projek peserta lain juga hebat. Saya gembira dengan kemenangan ini,” katanya.

Selain pingat emas dan sijil,  mereka juga menerima penajaan bagi menyertai Autodesk Bootcamp Panaroma di Singapura dari 21 hingga 25 Mac 2016, yang disertai peserta negara-negara Asia.
Mei Shan turut terkejut apabila mendapat tahu dari Heng Hee bahawa mereka memenangi pingat emas pertandingan Autodesk ASEAN Design Competition  itu.
“Saya gembira dan bangga kerana FRSB UPM boleh mencapai kejayaan ke peringkat itu melalui bimbingan pensyarah,” kata Mei Shan. Mereka berterima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang memberi bimbingan serta galakan. - UPM


Jangan lupa like facebook Universiti Putra Malaysia


Panas



Assalamualaikum W.B.T
May Allah bless you!

Panas... panas.. panas kengkawan...
Bukan sebab El Nino tapi sebab nama Universiti Putra Malaysia telah tercalon dalam QS TOP UNDER 50 pada tempat ke 38. 
Tahniah atas kecemerlangan Universiti Putra Malaysia dan beberapa buah universiti lain yang turut mengaharumkan nama Malaysia di atas kecemerlangan ini. Tahniah buat negara Malaysia yang telah melahirkan beberapa buah universiti yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga kecemerlangan ini berterusan.


SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan pencapaian yang membanggakan apabila buat pertama kalinya disenaraikan pada kedudukan ke-38 dalam “QS  Top 50 under 50” yang diumumkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) baru-baru ini.

Penilaian universiti dalam QS Top 50 under 50 adalah berdasarkan kepada kriteria yang sama dalam QS World University Rankings (WUR) 2015 iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Ranking tersebut adalah untuk universiti yang ditubuhkan selepas tahun 1965.

“QS Top 50 Under 50” merupakan ranking yang diperkenalkan QS pada tahun 2013 dengan menyenaraikan 50 universiti terbaik dunia daripada senarai universiti di bawah usia 50 tahun.
Naib Canselor UPM, Professor Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata kejayaan UPM disenaraikan dalam 50 universiti terbaik dalam kelompok universiti yang berusia di bawah 50 tahun merupakan suatu pencapaian cemerlang.
“Ia adalah impak yang signifikan terhadap kemajuan UPM sejak ia ditubuhkan sebagai sebuah universiti pada tahun 1971 dan kemajuan UPM dalam meningkatkan profil antarabangsa.
“Berada pada kedudukan ke-38 terbaik dunia dengan markah 39.7 peratus untuk penyertaan pertama kali adalah sesuatu yang membanggakan dan kejayaan ini adalah hasil usaha jitu dari semua komuniti UPM dalam memastikan UPM terus cemerlang meraih reputasi antarabangsa” katanya.
Sebelum ini UPM mencapai lonjakan kedudukan yang tinggi dalam QS World University Ranking apabila berjaya memperbaiki ranking daripada 376 pada 2014 kepada 331 pada 2015.
Tahun 2015 merupakan penyertaan pertama kali UPM dalam senarai “QS Top 50 Under 50”.
Klik sini
http://www.topuniversities.com/top-50-under-50/2015#sorting=rank+region=+country=+faculty=+stars=false+search=



Saturday 23 April 2016

Japan oh Japan


Assalamualaikum, terima kasih singgah di blog ini. May Allah bless you. Baru-baru ni saya ke Jepun. Berada di bumi matahari terbit ni selama beberapa minggu. Terima kasih pada universiti tercinta sebab beri peluang untuk sertai program mobiliti ke Jepun. 
superb meletup dengan nilai-nilai murni dan keunikan tersendiri. Buat mak cik, pakcik akak - akak dengan abang kat luar yang dah pernah ke Jepun pasti akan bersetuju! >.< nama program yang saya sertai 'UPM Kyutech- East Policy Program 2016-2nd
series' . Beb, banyak beb kelebihan diorang. Yess! I admit it memang kagum sekagumnya.

Bangunan - bangunan kiri kanan tu kalau kalau tengok memang sebiji sama dengan replika. Bila berdiri kat tengah - tengah bangunan kat Jepun tu, anda akan rasa anda tengah berada dalam dunia replika. Makanan dia akan sama macam replika yang dia tayang kat luar kedai. Bangunan dia pun kau akan nampak macam sebuah kotak mainan bersaiz gergasi.

gembira
Siapa tak bangga dapat bergambar dengan Ultramen


Hiidangan Jepun pertama untuk kami!



 Apa yang menarik kat sini, penduduknya memang ramah-tamah walaupun sepatah saya tak faham kadang apa yang mereka cakap ketika itu. style="font-family: inherit;">h Setakat hait, ohayo gozaimas yang senang-senang tu bolehlah. Paling tak boleh lupa, waktu kami nak solat, tak ada tempat nak solat, kami punya sensei Mr. Wakabayashi dan Mr. Yoshi  sangat memahami dan bantu kami sampailah kami dapat tempat untuk solat.
Mereka ni juga ada budaya yang suka tolong orang sampai habis. Ok, tak fahamkan saya merepek apa? Macam ni, kalau anda tahan mereka tepi jalan nak tanya alamat, mereka akan akan tolong tunjukkan anda kedestinasi yang anda tak tahu pergi tu sampai sanggup hantarkan ke sana walaupun jauh.