Nuffnang

Wednesday 26 September 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum. Salam sejahtera.Semoga Allah merahmati kalian dengan rahmat, nur dan hidayah-NYA.

Kawan-kawan.
Minggu kedua pembelajaran Multimedia dalam Bahasa, kami diajar tentang Asas Grafik.

Terdapat lima perkara penting sebagai asas Grafik iaitu :

1. Mudah - Kita faham apa yang gambar tersebut tunjukkan
2. Keseimbangan - Gambar perlu seimbang atas dan bawah serta kiri kanan
3. Kesesuaian - Sekiranya ingin memperagakan baju maka baju tersebut hendaklah bersesuaian dengan tempatnya
4. Warna - Warna juga perlu sesuai.
5. Teks - Jenis fon dan saiz fon perlu sesuai dengan iklan (sekiranya mengeluarkan iklan).

Pada minggu ini kami diminta untuk menyiapkan Asas Grafik. Apa yang perlu kami buat ialah menghasilkan Asas Grafik menggunakan moanting board. Kami perlu pilih dan tampal gambar mengikut ciri-ciri Asas Grafik yang baik.

Bahan-bahan yang digunakan pula termasuklah gam, gunting, penebuk lubang, majalah, riben dan juga 6 keping moanting board.

Sewaktu melakukan kerja-kerja penampalan, keseimbangan perlu diambil kira.
Di bawah antara perkara yang kami telah lakukan.Menarikkan?! ~ walaupun tangan tak berseni puun.







BBM3410/18: Minggu Pertama Kelas

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Semoga Allah merahmati kalian dengan rahmat, nur dan hidayah-NYA.

Hai kawan-kawan.

Post kali ini nak cerita tentang mata pelajaran yang menarik yang ditawarkan hanya kepada pemegang kursus Bahasa dan Linguistik Melayu yang berada di tahun akhir. Mata pelajaran ini ialah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.

Kawan-kawan...
Adik-adik...

Saya tak ada masa nak propa tapi sebaliknya memang kos ini sangat bermanfaat untuk kita generasi yang berdepan dengan zaman teknologi. Pengajarnya juga sangat berkualiti serta mahir dalam mata pelajaran ini.


Minggu pertama pembelajaran, kami berkenalan dengan pengajar kami iaitu Prof. Dr. Normaliza Binti Abdul Rahman. Sesi beramah messsraaa gitttttu. Kemudian kami diberi penerangan ringkas berkenaan mata pelajaran ini. Hasil pembelajaran bagi mata pelajaran ini antaranya ialah:

1. Mereka cipta projek bahasa menggunakan perisian multimedia (C5, CTPS)
2. Melakarkan papan cerita projek multimedia (P4)
3. Mempersembahkan maklumat bahasa dalam bentuk multimedia (A4, TS)


Selain itu, kami perlu belajar memahirkan diri dalam penggunaan pelbagai media seperti Instagram, Facebook, Twitter temasuklah blog ini. Tapi kalau kau tak perlu belajar pun tak apa.. dah hebat. Tengok ajelah, bab-bab memviralkan, memang nombor 1.

Beberapa subtopik dalam mata pelajaran ini ialah hubungan internet dan bahasa, konsep dan ciri multimedia, pertimbangan asas multimedia dan juga lain-lain lagi.

Untuk orang yang anti sosial macam aku ni sakit sikitlah nak guna. Bukan pandai punnn. Instagram pun baru buat sedangkan kawan-kawan aku dah beribu pegikut. Betapa sendunya saya rasa!

Jadi, siapa kata belajar bahasa Melayu tidak perlu belajar menggunakan teknologi?
Jom belajar multimedia!!!

Walaupun mood belajar masih kelaut lagi, separuh masih tertinggal dekat rumah, separuh dah kat laut Cina Selatan. Minggu pertama... faham-fahamlerr. Hah kutiplah balikkkk  mood kau.

Sekian.



BBM3410/18: Post Pertama Setelah Bertahun

Assalamualaikum. Salam Sejahtera, Semoga Allah merahmati kalian dengan rahmat, nur, dan hidayahNYA

Jumpa lagi kita dekat sini...Rasa dah sampai tahap boleh berhabuk dah blog ini.
*fuuh.. fuh.. fuuh* *tiup sikit*
Banyak habuk 🤣

Semoga sihat selalu... dan sabar membaca satu persatu info-info bermanfaat, yang hamba akan kongsikan.
Maaf di atas corak penulisan hamba yang berubah-ubah dan bermusim dalam blog ini. Yang baik ambil yang buruk jadikan iktibar. Semoga bermanfaat 💘
Oleh: SN Hidayah