Nuffnang

Thursday 9 April 2020

DIKSI

Definisi Operasional
Diksi

    Kamus linguistik (1997) mentakrifkan diksi sebagai pemilihan dan penggunaan kata dalam lisan dan tulisan dan yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea dan juga peristiwa. Dalam penulian sastera sesuatu ayat itu boleh bersifat menyimpang dan tidak rigid kepada disiplin ilmu.

        Keraf (2008) secara khusus mentakrif diksi kepada tiga simpulan utama. Pertama, diksi mencakupi pengertian kata-kata yang dipakai untuk menyampaikan suatu gagasan mengelompokkan kata-kata yang tepat atau menggunakan ungkapan-ungkapan yang tepat, dan gaya mana yang paling baik digunakan dalam suatu situasi. Kedua, diksi adalah kemampuan membezakan secara tepat nuansa-nuansa makna dari gagasan yang ingin disampaikan dan kemampuan untuk menemukan bentuk yang sesuai dengan situasi dan nilai rasa yang dimiliki kelompok masyarakat pendengar. Ketiga diksi yang tepat dan sesuai hanya dimungkinkan oleh penguasaan sejumlah besar kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa itu.

           Diksi ditakrif oleh Harimurti Kridalaksana (1985), sebagai pilihan kata dan kejelasan lafal untuk mendapatkan kesan tertentu dalam komunikasi lisan ataupun tulisan. Hal ini menunjukkan penggunaan diksi haruslah mementingkan tujuan penggunaannya. Penggunaan diksi sama ada dalam urusan rasmi atau tidak. Penggunaan diksi adalah berbeza mengikut situasi. Sekiranya seseorang penulis itu mahu mewujudkan suasana yang formal, maka diksi, ayat dan dialog yang digunakan dalam karnya  haruslah berbentuk standard manakala sebaliknya jika situasi yang ingin diwujudkan adalah tidak formal, maka penulis haruslah memilih kata-kata nonstandard. 

Jelasnya, sesuatu diksi yang digunakan itu dapat memberi kesan kepada kepekaan emosi. Pemilihan diksi-diksi membentuk perasaan tertentu mengikut situasi penceritaan. Selain itu, diksi yang digunakan juga boleh dilihat daripada sudut nonlinguistik dan linguistik bergantung kepada tujuan bahasa digunakan. Penerangan yang lebih terperinci akan dinyatakan dan diterangkan dalam bab seterusnya. 

Oleh: SN Hidayah

STILISTIK


Pengenalan

Stilistik merupakan kajian atau ilmu tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam karya kreatif. Kajian ini melibatkan penerapan ilmu linguistik dalam mengkaji gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dalam karya kreatif.
      Peter (2002:), menyatakan “… Style is indeed a distinctive way of using language for some pupose and to some effect” dengan kata lain, gaya ialah cara tersendiri seseorang menggunakan bahasa untuk tujuan tertentu dan untuk memberi kesan tertentu seperti kesan kognitif dan kesan emotif.
       Enkivst (1973), Gumperz (1964) dan Ferguson (1964) pula mentakrifkan stilistik atau ilmu gaya sebagai kajian variasi linguistik. Bahasa yang digunakan menentukan gaya. Secara tidak langsung ilmu gaya ini saling berkait rapat dengan cabang linguistik seperti dialektologi dan sosiolinguistik. Kemudiannya, gaya inilah yang mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi.
          Dengan kata lain, kajian stilistik amat penting bagi menjadikan sesuatu karya kreatif lebih difahami. Hal ini kerana gaya akan menentukan keberkesanan  maklumat penulisan kepada kesan kognitif dan kesan emotif pembaca menerusi karya kreatif yang dihasilkan oleh penulis.

Oleh: SN Hidayah