Assalamualaikum, terima kasih singgah di blog ini. May Allah bless you. Baru-baru ni saya ke Jepun. Berada di bumi matahari terbit ni selama beberapa minggu. Terima kasih pada universiti tercinta sebab beri peluang untuk sertai program mobiliti ke Jepun.
superb meletup dengan nilai-nilai murni dan keunikan tersendiri. Buat mak cik, pakcik akak - akak dengan abang kat luar yang dah pernah ke Jepun pasti akan bersetuju! >.< nama program yang saya sertai 'UPM Kyutech- East Policy Program 2016-2nd
series' . Beb, banyak beb kelebihan diorang. Yess! I admit it memang kagum sekagumnya.
Bangunan - bangunan kiri kanan tu kalau kalau tengok memang sebiji sama dengan replika. Bila berdiri kat tengah - tengah bangunan kat Jepun tu, anda akan rasa anda tengah berada dalam dunia replika. Makanan dia akan sama macam replika yang dia tayang kat luar kedai. Bangunan dia pun kau akan nampak macam sebuah kotak mainan bersaiz gergasi.
|
Siapa tak bangga dapat bergambar dengan Ultramen |
|
Hiidangan Jepun pertama untuk kami! |
Apa yang menarik kat sini, penduduknya memang ramah-tamah walaupun sepatah saya tak faham kadang apa yang mereka cakap ketika itu. style="font-family: inherit;">h Setakat hait, ohayo gozaimas yang senang-senang tu bolehlah. Paling tak boleh lupa, waktu kami nak solat, tak ada tempat nak solat, kami punya sensei Mr. Wakabayashi dan Mr. Yoshi sangat memahami dan bantu kami sampailah kami dapat tempat untuk solat.
Mereka ni juga ada budaya yang suka tolong orang sampai habis. Ok, tak fahamkan saya merepek apa? Macam ni, kalau anda tahan mereka tepi jalan nak tanya alamat, mereka akan akan tolong tunjukkan anda kedestinasi yang anda tak tahu pergi tu sampai sanggup hantarkan ke sana walaupun jauh.
See? Saya rasa kita memang kena serap budaya ni. Lagi pasal makanan. Biasalah, kita sesetengah orang ni kadang-kadang tak pernah rasa susah. Makanan suka dibazirkan. Tapi kat tempat mereka tak ada satu hidangan pun akan terbazir. Memang budaya mereka yang tidak suka membazir makanan. Bagi mereka makanan tu ada tuhannya. Mereka juga kena hormati penat lelah petani dan nelayan. How nice it was.
|
Gambar LEGEND. Dikatakan oleh Doktor (pesyarah) kami, kalau ke jepun tak ambik gambar ni macam tak lengkap.
Terima kasih pada pihak universiti. Memang dah lama teringin nak ke negara Naruto. Memang best. TQ
*Maaf di atas kesalahan dan kesilapan bahasa yang digunakan
Bahasa yang digunakan adalah atas tujuan menulis blog sahaja.
* jangan lupa like facebook Universiti Putra Malaysia |
|
No comments:
New comments are not allowed.