Assalamualaikum...May Allah BLess You..Baru-baru ini telah berlangsungnya perutusan 100 hari Naib Canselor, Profesor Datin Paduka Aini Idris. Dengan slogan IHSAN tonggak kecemerlangan Datin Paduka menekankan sangat memberi penekanan kepada pencapaian kecemerlangan universiti. Datin turut memberi penekanan pada pencapaian dan cabaran kepada Universiti Putra Malaysia.
Antaranya ialah kedudukan di tangga 331 dalam QS World University
Ranking 2015, iaitu melonjak sebanyak 45 anak tangga berbanding tahun
lalu. Manakala, dalam QS World University Ranking by Subjects 2015, bagi
disiplin Pertanian dan Perhutanan, UPM kekal dalam senarai kelompok 51
hingga 100 universiti terbaik dunia selama tiga tahun berturut-turut.
Selain itu,
UPM juga cemerlang dalam bidang Sains Pertanian pada kedudukan
ke-45 universiti terbaik dunia dalam senarai Best Global Universities Ranking
oleh US News and World Report 2015.
Tahun lalu juga menyaksikan UPM turut disenaraikan oleh
Center for World-Class Universities di Shanghai Jiao Tong
University sebagai antara 200 universiti terbaik dunia untuk
subjek Matematik dalam Academic Ranking of World
Universities (ARWU). Pencapaian UPM diperkukuh apabila
berjaya meningkatkan bilangan subjek dalam ranking 200
terbaik dunia, daripada 13 subjek pada 2015 kepada 15
subjek oleh QS World University Ranking by Subjects barubaru
ini. Subjek Pertanian dan Perhutanan pula terus kekal
dalam ranking 100 terbaik dunia selama lima tahun berturutturut.
Kecemerlangan UPM terus
mendapat pengiktirafan melalui penarafan UI-GreenMetric
World University Ranking apabila diletakkan pada kedudukan
ke-17 terbaik dunia untuk tahun 2015.
Di peringkat kebangsaan, UPM juga telah berjaya mencapai
penarafan 6 Bintang, iaitu tahap tertinggi dalam Penarafan
Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) bagi
pencapaian tahun 2014.
Tahniah Yaya pada rakan-rakan dan semua tenaga kerja di Universiti Putra Malaysia keran telah mencapai standard universiti pilihan dengan dibuktikan oleh pencapaian-pencaian terbaik secara berterusan.
Beb... Beb... Beb... jangan lupa like dan share Facebook UPM
Portal Rasmi UPM
Klik Twitter UPM
Oleh: SN Hidayah
No comments:
Post a Comment