Nuffnang

Saturday 21 May 2016

Assalamualaikum...
Semoga Allah selalu memberi kita hidayah-Nya.



Beb... beb... beb...



Aku nak cerita sikit apa yang berlaku di fakulti tercinta iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Pada 18/5/2016 yang lepas iaitu pada hari Rabu lepas, berlangsungnya Sayembara Puisi Pertanian 2. Perasmian program dibuat oleh Proffesor Dr. Muatti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Program ini adalah untuk membina jati diri seorang pelajar Universiti Putra Malaysia yang berkebolehan dan memupuk minat mereka kepada seni Melayu kususnya berpuisi. Tema yang diberikan ialah berkisarkan kehidupan tani. UPM telah mengekalkan tema Pertanian sama seperti Sayembara Puisi sebelum ini kerana permintaan dari pihak pengurusan. Mereka berpandangan bahawa tema ini adalah bersesuaian dengan semua pelajar UPM dan selari dengan hasrat untuk melestarikan kampus hijau. Kategori puisi ini terbahagi kepada dua iaitu peserta tempatan dan daripada peserta luar negara. Seramai 12 orang peserta daripada pelbagai fakulkti, antaranya pelajar daripada Fakulti Ekologi dan daripada Fakulti Kejuruteraan dan juga daripada FBMK sendiri. Para peserta menunjukkan bakat masing-masing dalam mendeklamasikan sajak. Tidak ketinggalan juga terdapat 4 orang peserta Luar negara yang menyertai pertandingan Sayembara Puisi ini iaitu dari negara Jepun, Arab, Indonesia dan China. 
Menariknya, aku rasa suasana dewan memang macam sambutan hari raya. Meriah! Dengan penonton yang hadir diberi garis panduan untuk berpakaian baju melayu, baju kurung atau jubah. Muzik Gamelan yang didendangkan sangat bersesuaian dengan majlis ini. Secara peribadinya aku akui majlis ini berjaya dilaksanakan. Kehadiran penonton yang memenuhi Dewan Zaaba, menambahkan lagi kemeriahan majlis ini. Terima kasih kepada juri dan tetamu kehormat beserta hadirin yang hadir.






No comments:

Post a Comment