Assalamualaikum, salam sejahtera. Semoga Allah merahmati kalian dengan rahmat, nur dan hidayah-NYA.
Tertarik kepada isu kanak-kanak yang dimasukkan
ke dalam mesin basuh dua hari lepas dengan niat untuk bergurau, maka aku
terpanggil untuk menulis beberapa pandangan aku sendiri mengenai perkara ini. Baca berita di sini.
Kawan-kawan... gurauan pada asalnya
hanyalah bertujuan untuk menghiburkan, menimbulkan keseronokan.
Tetapi sekiranya tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, jiran-jiran, Mak Cik iklan panadol, Mak cik Bawang kelas dunia, Mak Jemah, Abang Jem dan semua orang...
jika tersilap langkah dalam gurauan, keselamatan si mangsa gurau boleh terjejas. Bukan itu sahaja, masalah ini juga boleh menjejaskan keselamatan orang yang bergurau itu.

Percaya atau tidak, sudah terdapat kes ini
di luar negara di mana gurauan sebenarnya boleh membawa maut. Mohon google sendiri. Tak larat aku nak kena googlekan semua 💋.
Berbalik pada cerita di atas, cuba fikirkan. Sekiranya mesin basuh tersebut berpusing, apa akan jadi pada kanak-kanak tersebut?
Atau mudahnya, aku masukkan sahaja kau dalam mesin basuh tu, kau rasa ?
Akhir kalam,
niat untuk bergurau pada aku boleh dibatalkan sekiranya boleh memudaratkan. Sepatutnya perkara ini diambil kira sebelum seseorang melakukan gurauan.
niat untuk bergurau pada aku boleh dibatalkan sekiranya boleh memudaratkan. Sepatutnya perkara ini diambil kira sebelum seseorang melakukan gurauan.
Kredit : Harian Metro
No comments:
Post a Comment