Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Semoga
Allah merahmati kalian dengan rahmat, nur dan hidayah-NYA.
Pada minggu keempat ini, kami telah menerima
tugasan baharu iaitu, tugasan atas talian. Memandangkan kelas pada hari minggu
ini tiada, maka Prof minta kami untuk buat tugasan secara atas talian.
Tugasan ini ialah tugasan secara individu.
Antara arahannya ialah seperti berikut:
1. Berikan persepsi anda tentang jenis-jenis
media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM (minima 100
patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)
2. Pilih salah satu media sosial/ media
teknologi tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah
perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di
universiti.
3. Emelkan tugasan. drnormaliza@gmail.com
4. Tugasan di copypaste ke dalam emel (tidak perlu attachment).
5. Subjek emel seperti berikut: Tugasan individu bbm3410 : nama
Kami diminta untuk menghantar emel pada pukul
2-3 sahaja. Tugasan yang dilakukan haruslah menepati syarat-syarat tertentu.
Tapi, tugasan aku dah pun ditolak kerana tak menepati arahan. 😂 Kau rasa?
Hahaha. Jadi kawan-kawan jika ada sebarang
tugasan mohon lakukannya dengan mengikut arahan untuk dapatkan markah penuh.
Jangan jadi macam aku, sudah terhantuk baru terngadah. Apa-apapun jangan lupa
kawan-kawan hantar kerja tepat waktu dan ikut format.
No comments:
Post a Comment