Kawan-kawan..
Minggu ni rasa serabut sangat sebab banyak sangat kerja.
Kena siapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir, kena buat pembentangan.
Tup tup minggu ni kena shot lagi untuk gambar lain pulaaa.. dah sudahhhhh 😂..
Taapi itu biasalah, kalau tak mahu ada kerja, tipsnya, pertama sekali jangan cari kerja. Jadi daah nama pun belajar.. ada banyak benda kena buat. Kawan-kawan.. ilmu tu tak datang macam tu je tanpa usahaaa... (sob..sob 😥) Sedang mengingatkan diri sendiri ye.
Maka bermulalah drama berepisod kami.
Dah macam-macam gaya kami buat semata-mata nak ambil gambar tu. Kejap mencangkung, kejap berdiri, kejap baring. 😅
Adegan berkaki ayam pun adaaa.
Tak cukup tu, segala emas harta hak milik kekal ahli kumpulan pun kena guna jadi produk. Hahaha. Nasib baik tak kena lelong.
Ada 4 jenis gambar iaitu Flatlay, Half Flatlay, Quater Flatlay, dan Zero FlatLay. Itu jenis je, tapi yang kena ambil 20 keping gambar yaaaa.
Kerja mudah, kerjasama baik, Prof pun baik.. hahaha cun! Suka ya keluar awal daripada kelas!
Terima kasih Prof bagi pengalaman macam ini.. Yang penting markah tinggi sikit ya Prof 000💓
Oleh: SN Hidayah
No comments:
Post a Comment