Nuffnang

Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18: Makanan Tradisional di Muzium Warisan


Assalamualaikum, salam sejahtera. Semoga Allah rahmati kalian dengan rahmat, nur dan hidayah-NYA.
 
Baru-baru ini  berlangsungnya Pesta Makanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Pada 25 September 2018.

Tambah meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar seluruh fakulti UPM, pesyarah, wartawan dan juga adik-adik daripada sekolah tadika. Pensyarah turut menyertai aktiviti jualan iaitu Dr. Norazlina.
Perasmian adalah pada pukul 9 dan dirasmikan oleh Prof Datin Paduka Aini Idris iaitu sebagai Naib Canselor dan diiringi oleh Prof Madya Dr. Arbaie. Nyanyian daripada pesyarah Fakulti Bahasa Moden juga turut diadakan. Dua lagu telah dinyanyikan. Boleh lihat video di Instagram hidayah_sapiee

Banyak makanan dijual. Antara hidangan yang dijual ialah laksa Kedah, Lontong kering dari Johor, ikan pekasam, kuih koci labu dan pelbagai jenis air dan makanan yang lain

Ativiti seperti mewarna, cabutan bertuah, demonstrasi makanan telah dijalankan pada hari kejadian. Aku tertarik dengan kedai yang menjual maruku. Maruku tersebut telah dipelbagaikan perisanya. Ada perisa keju, kari, rumpai, dan perasa asli maruku.

Paling seronok, kau memang dapat makan percuma kalau kau pandai buat muka kesian. Hahaha 😋.
Kenyataan - tak perlu buat-buat pun tak apa, tengok je muka pun dah nampak kesian! Kau rasa???

Akhir kata, program seperti ini sangat bermanfaat dan sangat penting untuk mengekalkan dan melidungi warisan tradisional kita.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh pergi ke laman web ini :
Kemeriahan di Muzium Warisan Melayu UPM


kredit: Buletin TV 3









No comments:

Post a Comment