Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga Allah merhmati
kalian dengan rahmat nur dan kasih sayang.
Minggu ini kami diberi tugasan untuk menonton slot Al-hijrah
dan tangkap gambar Prof masa tu. Angle mesti cantik. Prof masuk tv ya. Walaupun
tiada tv di kolej, gigih buka youtube cari live stream Al-Hijrah. Walau macam
manapun berjaya juga tngkap gambar Prof walaupun kualiti gambar tak berapa
cantik.
Topiknya sangat menarik iaitu Martabat Bahasa Melayu. Boleh
cari ulangan di Youtube. Antara intipatinya ialah Prof menggalakkan bahawa kita
seharusnya memulakan penggunaan bahasa yang baik. Membiasakan yang betul serta
meninggalkan kebiasaan yang salah. Kata
prof lagi, dalam media sosial, generasi kini sangat gemar menggunakan percampuran kod. Ada kalanya bahasa yang
digunakan menjadi bahasa slanga yang mana hanya difahami oleh mereka sahaja.
Selain itu bahasa yang digunakan oleh orang yang bercakap
akan mempengaruhi bahasa yang digunakan oleh si lawan cakap. Jika Bahasa
Inggeris yang digunakan maka Bahasa Inggeris jugalah yang akan digunakan oleh
orang yang diajak bercakap.
Untuk pemahaman lebih lanjut, bolehlah tonton siaran ulangan
di Youtube.
No comments:
Post a Comment