Assalamualaikum W.B.T.
May Allah bless you my reader..
Nak ucap tahniah kepada dua orang pelajar harapan Fakulti Reka Bentuk yang telah memenangi Emas dalam design compoetition.
Yeah, You guys doing it well!!
*clap clap clap
Dua pelajar FRSB menang emas ‘Autodesk ASEAN Design Competition’
Oleh: Azman Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 April - Dua
pelajar Bachelor SainsSeni Bina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina
(FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Yap Heng Hee dan Tan Mei Shan
memenangi pingat emas kategori senibina pada pertandingan Autodesk ASEAN
Design Competition 2015.
Mereka memenangi emas melalui projek Amphibious Habitat iaitu rekabentuk rumah pintar bagi berdepan situasi banjir.
Pertandingan itu dianjurkan sebuah
syarikat Singapura dan ditaja oleh Autodesk, dan melibatkan peserta
termasuk dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina.
Heng Hee berkata, Amphibious Habitat direkabentuk hasil daripada inspirasi rumah tradisional masyarakat Melayu.
Katanya, rekabentuk rumah prototaip itu
dicadangkan untuk kawasan di pertemuan Sungai Semantan dan Sungai Pahang
di Temerloh, yang hampir setiap tahun menghadapi banjir.
Katanya, konsep rumah itu adalah
berlantaikan kayu dengan keluasan kira-kira 40 meter persegi dan selesa
diduduki oleh tiga orang, serta menggunakan sumber tenaga diperbaharui
seperti solar, sistem pengumpulan air hujan dan sistem penapisan air
‘bio-sand’ bagi mendapatkan air bersih, dan teknologi akuaponik untuk
membela ikan.
“Tiangnya adalah buluh, manakala
‘concrete mooring post’ pula adalah struktur yang digunakan bagi
mekanisme pengapungan. Rumah ini didirikan di atas ‘detached concrete
stilts’ yang menampung bebanan rumah ketika ia tidak terapung,” katanya
dalam temubual.
Katanya, perabot pelbagai guna
(multifunctional furniture) digunakan dalam rumah itu bagi membolehkan
penggunaan ruang yang fleksibel.
Menurutnya, bagi menghasilkan Amphibious
Habitat, mereka melakukan kajian kes beberapa hari pada awal tahun 2015
mengenai rekabentuk rumah di Netherlands, negara yang paras air lautnya
lebih tinggi daripada daratan.
Bagaimanapun, katanya, proses
menghasilkan Amphihious Habitat ini daripada lawatan tapak,
merekabentuk, dan penghasilan lukisan bagi ‘presentation boards’
mengambil masa kira-kira satu bulan.
Heng Hee berkata, beliau terkejut
apabila mendapat tahu memenangi pingat emas pertandingan itu ketika
melayari laman web penganjur, dan terus menghubungi Mei Shan yang
ketika itu berada di Pulau Pinang.
“Saya tidak menjangka akan menang kerana projek peserta lain juga hebat. Saya gembira dengan kemenangan ini,” katanya.
Selain
pingat emas dan sijil, mereka juga menerima penajaan bagi menyertai
Autodesk Bootcamp Panaroma di Singapura dari 21 hingga 25 Mac 2016, yang
disertai peserta negara-negara Asia.
Mei Shan turut terkejut apabila mendapat
tahu dari Heng Hee bahawa mereka memenangi pingat emas pertandingan
Autodesk ASEAN Design Competition itu.
“Saya gembira dan bangga kerana FRSB UPM
boleh mencapai kejayaan ke peringkat itu melalui bimbingan pensyarah,”
kata Mei Shan. Mereka berterima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan
yang memberi bimbingan serta galakan. - UPM
Jangan lupa like facebook Universiti Putra Malaysia