Labels
- BBM3410/18 (26)
- Isu Semasa (2)
- Kesihatan (1)
- Minor Pendidikan Islam (2)
- Tarbiah Hati (3)
- Tentang Saya (4)
- Tips (2)
- UPM (12)
Nuffnang
Monday, 10 December 2018
BBM3410/18: Kalender
Jom kongsi, tarikh apa dulu yang kalian tengok setiap kali dapat kalender tahun baru?
This Artwork is all edited by Adobe Photoshop!
Oleh: SN Hidayah
Wednesday, 5 December 2018
BBM3410/18: Video Tanpa Wajah
NOTA 4
VIDEO TANPA WAJAH
Video tanpa wajah ialah video rakaman yang tidak memperlihatkan wajah sama ada keseluruhan ataupun sebahagian wajah.
VIDEO TANPA WAJAH
Video tanpa wajah ialah video rakaman yang tidak memperlihatkan wajah sama ada keseluruhan ataupun sebahagian wajah.
1. Membuat perancangan
i.
Pembahagian
tugas dilakukan oleh penulis skrip. Pengarah akan memberi arahan seterusnya dengan
membahagikan kerja kepada ahli kumpulan. Antara kerja yang perlu dilakukan ialah,
mengedit, jurugambar, kamera, solekan dan pemilihan tempat.
2. Kriteria Video tanpa wajah
i. Tidak
boleh memperlihatkan wajah pelakon.
Setiap pelakon haruslah melakukan rakaman tanpa
memperlihatkan wajah.
ii. Fokus
kepada barang/anggota
Pemegang kamera harus tahu merakam video dan hendaklah
memberi fokus kepada satu barang atau sebahagian anggota sahaja. Contohnya
tangan, permainan, kasut atau apa-apa sahaja yang relevan.
3. Mesej
i. Video
tanpa wajah haruslah mempunyai mesej tertentu. Contohnya kasih sayang seorang
ibu, akibat merokok, dan sebagainya.
4. Pemilihan lagu
i.
Pemilihan
lagu selalunya ialah lagu yang bergenre perlahan. Lagu sederhana rancak tetapi
mempunyai mesej juga boleh digunakan. Tetapi sekiranya menggunakan lagu yang
terlalu rancak dibimbangi mesej tidak akan sampai kepada penonton.
Oleh: SN Hidayah
Oleh: SN Hidayah
BBM3410/18: Video 'ONESHOT'
NOTA 3
VIDEO 'ONESHOT'
Video jenis ‘ONESHOT ‘ ialah video yang dirakam secara terus tanpa menekan henti atau ‘pause’. Video tersebut juga tidak boleh diedit seperti mencantum-cantum bahagian atau beberapa rakaman video untuk suatu cerita.
VIDEO 'ONESHOT'
Video jenis ‘ONESHOT ‘ ialah video yang dirakam secara terus tanpa menekan henti atau ‘pause’. Video tersebut juga tidak boleh diedit seperti mencantum-cantum bahagian atau beberapa rakaman video untuk suatu cerita.
Terdapat 3
jenis ‘ONESHOT’ yang utama iaitu:
1. Video ‘ONESHOT
ONE LAYER’
Video ini perlu dirakam secara terus. Setiap pelakon dan
penyanyi perlulah mendekati kamera untuk menampakkan wajah serta reaksi wajah mereka
secara dekat. Setiap pelakon perlu muncul dihadapan kamera tersebut. Fokus
video hanya kepada penyanyi dan pelakon. Penyanyi hanyalah seorang sahaja.
2. Video ‘ONESHOT
TWO LAYER’
Video ‘ONESHOT ONE LAYER’ perlu dirakam secara terus
seperti video ‘ONE LAYER’ . Tetapi dalam video ini penyanyi perlu
berganti-ganti. Video yang dilakukan mempunya dua situasi sahaja. Tidak boleh
ada barang atau pokok yang bergoyang secara semula jadi.
3. Video ‘ONESHOT
THREE LAYER’
Video ini mempunyai banyak pergerakan. Dalam suatu video
tersebut mereka perlu membahagikan kepada beberapa bahagian. Fokus
diberikan kepada penyanyi di hadapan dan pelakon di bahagian tengah. Pelakon-pelakon di
bahagian belakang sekali hanya sekadar nmemenuhi syarat rakaman sahaja tetapi tidak
diberikan fokus. Ini menjadikan video tersebut seolah mempunyai 3 lapisan.
Oleh: SN Hidayah
Oleh: SN Hidayah
BBM3410/18: Papan Cerita
NOTA 2
PAPAN CERITA
PAPAN CERITA
Papan cerita ialah draft yang dihasilkan sebelum melakukan sesuatu rakaman atau penulisan. Papan cerita juga boleh dianggap sebagai ‘blue print’ iaitu kayu ukur sebelum penghasilan sesuatu kerja. Contohnya penghasilan E-Majalah. Papan Cerita ini haruslah dilakar dengan menggunakan pensil sahaja.
Untuk menghasilakan
E-Majalah beberapa pertimbangan perlu diambil kira iaitu:
1. Muka Depan
Muka depan haruslah dilukis seperti majalah di pasaran.
Perlu ada topik-topik yang menjadi penekanan atau ‘highlight’. Sekiranya
Majalah tersebuta dalah berkaitan dengan produk, maka diskaun ataupun produk
terbaharu boleh diletakkan muka depan untuk menarik perhatian pembaca. Fon
perlu diberi perhatian juga terutamanya pada bahagian kepala seperti tajuk dan
kaki majalah.
2. Sidang
Pengarah
Pada bahagian ini, kata-kata aluan perlu dimasukkan. Contohnya
kata-kata aluan pengarah perlulah diletakkan. Kata-kata editor turut
dimasukkan pada bahagian ini.
3. Produk
Pada muka surat 1 sehingga seterusnya boleh masukkan
produk atau cerita yang ingin disampaikan. Cerita atau produk yang dikeluarkan
haruslah mempunyai tajuk yang menarik. Susunan
rajah/produk/cerita didalam satu muka surat boleh disusun secara
teratur dengan meletakkan 3 rajah/produk/cerita dalam satu muka surat dan boleh
juga menggunakan satu muka surat sepenuhnya untuk 1 rajah/produk/cerita.
4.
Iklan dan
tajaan
Pada muka surat akhir perlulah diletakkan iklan-iklan
terbaru ataupun iklan daripada syarikat penaja Majalah.
5. Muka
Belakang
Pada bahagian muka belakang, boleh letakkan sinopsis
majalah, atau sedikit pengenalan ringkas mengenai majalah tersebut.
Oleh: SN Hidayah
Oleh: SN Hidayah
BBM3410/18: Asas Grafik
NOTA 1
ASAS GRAFIK
Asas grafik perlu untuk pengambilan gambar yang berkualiti. Terdapat lima perkara penting sebagai asas Grafik iaitu :
1. Mudah:
ASAS GRAFIK
Asas grafik perlu untuk pengambilan gambar yang berkualiti. Terdapat lima perkara penting sebagai asas Grafik iaitu :
1. Mudah:
Jurugambar yang mengambil gambar harus memastikan
gambar yang diambil mempunyai mesej yang je;las. Dengan kata lainkita faham apa
yang gambar tersebut tunjukkan. Contohnya gambar pantaui, maka gambar tersebut
harus melambangkan pandai.
2. Keseimbangan :
Gambar perlu seimbang atas dan bawah serta
kiri kanan. Gambar tidak boleh senget dan memberat ke aman-mana arah. Contohnya
gambar yang diambil terlebbih kosong disebelah kanan.
3. Kesesuaian:
Sekiranya ingin memperagakan baju maka baju
tersebut hendaklah bersesuaian dengan tempatnya. Tidak boleh mengambil gambar untuk memperagakan baju kurung tetapi
menggunakan tempat bersenam seperti ‘gym’ sebagai latar tempat.
4. Warna :
Warna juga perlu sesuai. Latar yang sudah
hijau tidak boleh menggunakan seseorang/objek yang ingin diberikan fokus dengan beropakaian
dengan warba yang sama. Hal ini akan
menunjukkan seseorang/objek itu tenggelam. Sebaliknya warna yang digunakan
gharuyslah kontra.
5. Teks :
Jenis fon dan saiz fon perlu sesuai dengan
iklan (sekiranya mengeluarkan iklan).
Oleh: SN Hidayah
Subscribe to:
Posts (Atom)