Nuffnang

Wednesday, 24 October 2018

BBM3410/18: Oneshot Video; Kumpulan Terbaik

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan. Semoga Allah rahmati kalian dengan rahmat nur hidayah dan pertolongan.

Minggu ini kami diberi tugasan untuk membuat rakaman secara Oneshot berdasarkan pilihan lagu. Lagu yang digunakan adalah yang rancak bagi menjadikan video mimik tersebut menjadi lebih menari. Sakan masing-masing berduka ria menari. Bukan itu je, muka masing-masing kena bergerak ke kamera sedangkan kamera tu yang duduk diam sambil merakam. Setiap ahli kumpulan perlu masuk dalam video tersebut sambil mimik lagu tersebut.

Kemudian kami perlu hasilkan ruangan Youtube untuk memuat naik slaid yang berbentuk video.

Gambar menyusul selepas pembentangan.

****
Seperti yang dijanjikan.. inilah kamii! Kumpulan kami dapat kumpulan terbaikk! Lagu Syinta Gila..
Jom ke tonton

Mawar Produksi
Oleh: SN Hidayah

Wednesday, 17 October 2018

Asyik Nak Emosi Sahaja

Assalamualaikum.. dan hai kawan-kawan.

Minggu ni asyik nak emosi. Banyak menghadap PITA ni. 😂

Oleh: SN Hidayah

BBM3410/18: Diri Kita bukan Milik Kita Sepenuhnya

Assalamualaikum kawan-kawan.. Semoga sentiasa dibawah lindunganNYA.

Pernah tak, suatu hari kau rasa macam hidup kau terlalu kosong.. terlalu mendatar dan terlalu biasa.

Kau buat benda yang sama,
Makan benda yang sama.
Sampai kau rasa bosan.

Kawan-kawan...
Masa tu kau kena sedar... ada sesuatu pada diri kau yang tak kena.

Semak semula hati,
Semak semula tingkah laku,
Semak semula hubungan kau dengan manusia,
Paling penting..
Semak semula macam mana hubungan kau dengan DIA.

Kadang-kadang aku pun tak tahu... kadang-kadang aku pun tercari-cari..
Kadang-kadang tu rasa macam hilang sekejap ke dunia yang lain. Dunia ciptaan sendiri. Rasa nak duduk sendiri lama-lama, makan sendiri.. tak nak bercakap langsung. Kau tahu.. buat semua perkara sendiri tu tak menjadi masalah pun.. tapi kadang-kadang bila kau terlalu mengurung diri.. hanyut dalam dunia sendiri.. itu penyakit. Penyakit hati. Betulkan kalau aku salah.

Tak mati pun kalau tak da kawan..

Ye ke?

Yakin dan percayalah. Tidak DIA ciptakan sesuatu itu sia-sia. Keluarga, kawan-kawan, masyarakat ni ada peranan masing-masing. Fitrahnya manusia untuk saling membantu, menyayangi, melindungi dan mencintai. Hanya saja sebaik-baik tempat berlindung dan berserah hanyalah DIA.  Jaga hubungan dengan DIA nanti DIA jaga hubungan kau dengan manusia.

Jadi pesan pada diri, masa aku ni hanya pinjaman DIA. DIA beri masa untuk aku urus, mana nak duduk sekali dengan keluarga, nak makan semeja dengan kawan-kawan, nak siapkan kerja. Dan macam mana kita nak luangkan masa khusus untuk DIA. Pada waktu yang sama, ingat juga, untuk ingat tuhan tu kat mana-mana dan bila-bila je. Setiap hari, setiap masa.

Semoga kuat dan istiqomah.
Doakan.

# Untuk mengingatkan diri sendiri.

Oleh: SN Hidayah

Wednesday, 10 October 2018

BBM3410/18: #Redho

Assalamualaikum, semoga Allah rahmati kalian dengan rahmah nur dan hidayah.

Aku dah tengok Prof. Dr. N. punya blog. Korang dah tengok ke? Sebenarnya dipaksa tengok oleh Prof. Haaha..

Gigih baca. Dari cerita Prof mengajar dekat bangunan 4 tingkat kat Korea, sampailah.. cerita Alim merajuk. Hahaha.

Tapi mana larat aku nak baca. Cerita kat Korea je dah 443 post.

Tapi adalah beberapa cerita menarik perhatian aku. Contohnya perbualan talifon Prof dengan Alim. Alim nak masuk asrama tapi Prof tak benarkan sebab Alim masih muda.

Hahaha
Cara Alim berhujah tu kelakar. Nak juga pertahankan umur dia.

Waktu prof tak boleh ingat dan nak sebut satu-satu nama pelajar. Prof guna cara unik sikit. Tulis nama kat papan putih dan tangkap gambar mereka sorang-sorang.

Tang kasut kesayangan Prof yang mahal yang ada ketahanan. Boleh baling-baling 🤣

Lepastu ada satu lagi. Puas aku cari kat gambar ni. Mana buah durian.. mana buah mangga. Hahaha.

Ke aku yang tak habis belajar lagi nama buah masa zaman tadika.. hahaha. Prof punya humor memang tahap geliga. Gelak guling aku baca.

Okay akhir.. hahaha aku setuju ayat Prof masa Alim ambilkan gambar Prof.
Dalam satu gambar yang jadi, ada berpuluh gambar yang tak jadi.

Okay. Cukup dulu. Itu je pun yang aku baca sebenarnya.. Hahaha

Proff minta maaf. Selamat hari raya. Eh??

Korang pi baca sendiri. 

Oleh: SN Hidayah
#kredit : DrNotts

BBM3410/18:PASKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga Allah rahmati kalian dengan rahmat nur, hidayah dan kasih sayangNYA.

Kawan-kawan..

Pertama sekali, siapa dah tengok cerita PASKAL??
Seronok! Puas hati.

Kualiti Filem Malaysia semakin baik..
Dan aku rasa pertama kali cerita bergenre ketenteraan yang tak bosan ditonton.

Ya.. semakin baik. Barangkali kita ini sudah selalu dihidangkan dengan filem bergenre cinta sahaja. Maka, sesekali bertukar angin memang rasa puas hati! Tambah menarik ceritanya adalah adaptasi daripada cerita sebenar Leftenan Komander Arman.

Ada beberapa misi yang berkaitan. Dan Aku sakit hati sungguh tengok Jeb. Tapi tidak boleh menidakkan apa yang Jeb kata.. "Aku beri semua, ini yang aku dapat". Jeb berusaha menyelamatkan Joshua.

Ada macam-macam nilai. Contoh, kasih sayang, kekeluargaan, persahabatan dan yang paling penting semangat cintakan negara tu.
Dan banyak sangat dialog yang woow.

Air mata meleleh waktu ulang balik cerita Arman dan Joshua.
Air mata jatuh lagi waktu  Arman pegang baju uniform dia dengan baju mak dia.
Masa tu kau macam dapat rasa betapa beratnya bebanan tanggungjawab Arman.
Akhir sekali bila dengar ayat Komander(barangkali, sebab aku tak pasti jawatannya) masa tunjuk pada Arman tugu nama-nama anggota PASKAL yang telah meninggal dunia.

Aku tak mahu spoil cerita ni. Mohon tengok dekat wayang. Pasti anda tak akan menyesal.

Paling tak boleh lupa, aku ingatkan nak tengok cerita PASKAL sebab nak hilangkan stress, tapi topik masa makan ialah, macam mana nak buat pembentangan yang baik dalam kelas keterampilan..🤦🏻‍♀️ hehe.






Terima kasihhh.

Oleh: SN Hidayah

BBM3410/18: Flatlay

Assalamuaikum..
Kawan-kawan..

Minggu ni rasa serabut sangat sebab banyak sangat kerja.

Kena siapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir, kena buat pembentangan.

Tup tup minggu ni kena shot lagi untuk gambar lain pulaaa.. dah sudahhhhh 😂..
Taapi itu biasalah, kalau tak mahu ada kerja, tipsnya, pertama sekali jangan  cari kerja. Jadi daah nama pun belajar.. ada banyak benda kena buat. Kawan-kawan.. ilmu tu tak datang macam tu je tanpa usahaaa... (sob..sob 😥) Sedang mengingatkan diri sendiri ye.

Maka bermulalah drama berepisod kami.

Dah macam-macam gaya kami buat semata-mata nak ambil gambar tu. Kejap mencangkung, kejap berdiri, kejap baring. 😅
Adegan berkaki ayam pun adaaa.
Tak cukup tu, segala emas harta hak milik kekal ahli kumpulan pun kena guna jadi produk. Hahaha. Nasib baik tak kena lelong.

Ada 4 jenis gambar iaitu Flatlay, Half Flatlay, Quater Flatlay, dan Zero FlatLay. Itu jenis je, tapi yang kena ambil 20 keping gambar yaaaa.

Kerja mudah, kerjasama baik, Prof pun baik.. hahaha cun! Suka ya keluar awal daripada kelas!

Terima kasih Prof bagi pengalaman macam ini.. Yang penting markah tinggi sikit ya Prof 000💓













Hidayah
 

Oleh: SN Hidayah

Wednesday, 3 October 2018

BBM3410/18: Gurauan Melampau


Assalamualaikum, salam sejahtera. Semoga Allah merahmati kalian dengan rahmat, nur dan hidayah-NYA.

Tertarik kepada isu kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam mesin basuh dua hari lepas dengan niat untuk bergurau, maka aku terpanggil untuk menulis beberapa pandangan aku sendiri  mengenai perkara ini. Baca berita di sini.

Kawan-kawan... gurauan pada asalnya hanyalah bertujuan untuk menghiburkan, menimbulkan keseronokan. 

Tetapi sekiranya tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, jiran-jiran, Mak Cik iklan panadol, Mak cik Bawang kelas dunia, Mak Jemah, Abang Jem dan semua orang... 

jika tersilap langkah dalam gurauan, keselamatan si mangsa gurau boleh terjejas. Bukan itu sahaja, masalah ini juga boleh menjejaskan keselamatan orang yang bergurau itu.

Percaya atau tidak, sudah terdapat kes ini di luar negara di mana gurauan sebenarnya boleh membawa maut. Mohon google sendiri. Tak larat aku nak kena googlekan semua 💋.

Berbalik pada cerita di atas, cuba fikirkan. Sekiranya mesin basuh tersebut berpusing, apa akan jadi pada kanak-kanak tersebut?

Atau mudahnya, aku masukkan sahaja kau dalam mesin basuh tu, kau rasa ?

Akhir kalam, 
niat untuk bergurau pada aku boleh dibatalkan sekiranya boleh memudaratkan. Sepatutnya perkara ini diambil kira sebelum seseorang melakukan gurauan.

Kredit : Harian Metro

BBM3410/18: Makanan Tradisional di Muzium Warisan


Assalamualaikum, salam sejahtera. Semoga Allah rahmati kalian dengan rahmat, nur dan hidayah-NYA.
 
Baru-baru ini  berlangsungnya Pesta Makanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Pada 25 September 2018.

Tambah meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar seluruh fakulti UPM, pesyarah, wartawan dan juga adik-adik daripada sekolah tadika. Pensyarah turut menyertai aktiviti jualan iaitu Dr. Norazlina.
Perasmian adalah pada pukul 9 dan dirasmikan oleh Prof Datin Paduka Aini Idris iaitu sebagai Naib Canselor dan diiringi oleh Prof Madya Dr. Arbaie. Nyanyian daripada pesyarah Fakulti Bahasa Moden juga turut diadakan. Dua lagu telah dinyanyikan. Boleh lihat video di Instagram hidayah_sapiee

Banyak makanan dijual. Antara hidangan yang dijual ialah laksa Kedah, Lontong kering dari Johor, ikan pekasam, kuih koci labu dan pelbagai jenis air dan makanan yang lain

Ativiti seperti mewarna, cabutan bertuah, demonstrasi makanan telah dijalankan pada hari kejadian. Aku tertarik dengan kedai yang menjual maruku. Maruku tersebut telah dipelbagaikan perisanya. Ada perisa keju, kari, rumpai, dan perasa asli maruku.

Paling seronok, kau memang dapat makan percuma kalau kau pandai buat muka kesian. Hahaha 😋.
Kenyataan - tak perlu buat-buat pun tak apa, tengok je muka pun dah nampak kesian! Kau rasa???

Akhir kata, program seperti ini sangat bermanfaat dan sangat penting untuk mengekalkan dan melidungi warisan tradisional kita.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh pergi ke laman web ini :
Kemeriahan di Muzium Warisan Melayu UPM


kredit: Buletin TV 3









BBM3410/18: Aku dan Tugasan

Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Semoga Allah merahmati kalian dengan rahmat, nur dan hidayah-NYA.

Pada minggu keempat ini, kami telah menerima tugasan baharu iaitu, tugasan atas talian. Memandangkan kelas pada hari minggu ini tiada, maka Prof minta kami untuk buat tugasan secara atas talian.

Tugasan ini ialah tugasan secara individu. Antara arahannya ialah seperti berikut:
1. Berikan persepsi anda tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM (minima 100 patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)
2. Pilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti.
3. Emelkan tugasan. drnormaliza@gmail.com
4. Tugasan di copypaste ke dalam emel (tidak perlu attachment).
5. Subjek emel seperti berikut: Tugasan individu bbm3410 : nama

Kami diminta untuk menghantar emel pada pukul 2-3 sahaja. Tugasan yang dilakukan haruslah menepati syarat-syarat tertentu. Tapi, tugasan aku dah pun ditolak kerana tak menepati arahan. 😂 Kau rasa?

Hahaha. Jadi kawan-kawan jika ada sebarang tugasan mohon lakukannya dengan mengikut arahan untuk dapatkan markah penuh. Jangan jadi macam aku, sudah terhantuk baru terngadah. Apa-apapun jangan lupa kawan-kawan hantar kerja tepat waktu dan ikut format.


Gambar sekadar hiasannnnnnnnnn!